Tuesday 25 December 2012

Proses Hidup Manusia

1. Manusia melakukan banyak proses hidup seperti:-

Berkumuh    Bernyahtinja   Bernafas   Bergerak balas terhadap rangsangan     Membiak

BERNAFAS

1. Manusia bernafas untuk mendapatkan oksigen daripada udara.
2. Proses pernafasan dipanggil 'respirasi.
3. Proses pernafasan melibatkan tarikan dan hembusan udara.
4. Paru-paru akan menegmbang apabila kita menarik udara masuk kedalam paru-paru.
5. Dada akan menaik ke atas.
6. Udara yang ditarik masuk ke dalam paru-paru mengandungi banyak oksigen.
7. Paru-paru akan mengecut apabila udara dihembus keluar dari paru-paru.
8. Dada akan menurun ke bawah.
9. Udara yang dihembus keluar dari paru-paru mengandungi banyak karbon dioksida.
10. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada pada suatu masa.
11. Apabila seseorang aktif,kadar pernafasannya meningkat kerana dia memerlukan tenaga yang banyak.

BERKUMUH DAN BERNYAHTINJA

1. Perkumuhan ialah proses penyingkiran hasil buangan dari tubuh.
2. Hasil perkumuhan ialah bahan yang tidak diperlukan lagi oleh tubuh.
3. Manusia mengumuhkan air kencing,peluh dan air.
4. Organ perkumuhan manusia ialah:-

Kulit       Paru-paru     Ginjal

5. Setiap organ mengumuhkan hasil perkumuhan yang berlainan.
a) Peparu membebaskan karbon dioksida dan wap air ketika bernafas.
b) Ginjal menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk air kencing.
c)  Kulit menyingkirkan hasil buangan dalam bentuk peluh.

6.Penyahtinjaan ialah proses pembuangan tinja dari tubuh.
7.Tinja ialah bahan makanan yang tidak dihadam dan tidak dapat digunakan oleh tubuh.
8. Jika bahan buangan tidak dikeluarkan dari tubuh kita, ia akan menyababkan kita sakit.
9. Berkumuh dan bernyahtinja adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh.
10.Jika tinja berada terlalu lama dalam badan,ia akan menjadi keras dan menyebabkan sembelit.

BERGERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

1. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
2.Manusia dapat mengesan dan bergerak balas dengan menggunak lima deria:-

Kulit = Bergerak balas terhadap panas,sejuk,basah dan kering.
Mata = Bergerak balas terhadap cahaya
Telinga = Bergerak balas terhadap bunyi
Hidung = Bergerak balas terhadap bau
Lidah = Bergerak balas terhadap rasa

MEMBIAK

1. Manusia membiak dengan melahirkan anak.
2. Manusia membiak untuk menanmbah bilanggannya dan memastikan spesisnya kekal di bumi.
3. Proses pembiakan boleh ditunjukkan melalui sala silah keluarga di atas.

TABIAT BURUK YANG MENGANCAM PROSES HIDUP MANUSIA

1. Sesetengah tabiat buruk manusia boleh mengancam proses hidupnya.
2. Tabiat ini termasuklah merokok ,mengambil dadah dan minuman keras.
3. Kesan-kesannya boleh menyababkan maut.

Merokok = merosakkan paru-paru
                   menyebabkan barah paru-paru dan keronkgkong,as,a dan bronkitis.
Menganbil = menjadikan seseorang itu kurang peka dan lambat bergerak balas terhadap rangsangan.
dadah dan
minuman
keras

No comments:

Post a Comment