Tuesday 25 December 2012

Keperluan Asas Manusia,Haiwan dan Tumbuhan

1. Semua hidupan perlukan keperluan asas untuk hidup.

2. Keperluan asas bagi manusia dan haiwan ialah makanan,air,udara dan tempat berlindung.

3. Manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk:-
a) pertumbuhan dan kekal sihat
b) tenaga bagi melakukan sebarang aktiviti
c) menghasilkan haba untuk memanaskan badan
 
4. Manusia dah haiwan memerlukan air untuk :-
a) mengekalkan suhu badan
b) mengangkut nutrien ke seluruh tubuh
c) membantu peredaran darah

5. Manusia dan haiwan memerlukan udara untuk bernafas.

6. Oksigen dari udara diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk menjanakan tenaga.

7. Manusia dan haiwan akan mati jika tidak mendapat makanan,air dan udara yang mencukupi.

8. Manusia dan haiwan memerlukan tempat berlindung dari cuaca yang panas, sinaran matahari dan hujan.

9. Manusia tinggal di pelbagai jenis tempat perlindungan seperti:-

Rumah Panjang   Pondok   Banglo   Rumah Teres    Flat   Kondominium

10. Haiwan juga mempunyai tempat berlindung yang berlainan seperti:-

Sarang   Gua    Lubang Bawah Tanah    Terumbu Karang   Lubang Di Pokok

11. Keperluan asas tumbuhan pula agak berlainan daripada keperluan asas manusia dan haiwan.

Air     Udara     Sinaran Matahari

12. Tumbuhan memerlukan air,udara dan sianaran matahari untuk membuat makanan.

13.Proses ini dipanggil 'Photosintesis'

14. Tumbuhan juga memerlukan air untuk mengangkut nutrien dan makanan.

15.Tumbuhan memerlukan udara untuk bernafas dan membuat makanan.

16. Tumbuhan mengambil oksigen daripada udara untuk bernafas.

17. Tumbuhan mengambil karbon dioksida daripada udara untuk membuat makanan.

18. Tumbuhan juga boleh menukarkan karbon dioksida kepada udara.

19. Tumbuhan mengambil tenaga daripada cahaya matahari.

20. Tumbuhan menyerap cahaya matahari melalui daun-daunnya.

No comments:

Post a Comment