Wednesday 26 December 2012

Proses Hidup Haiwan

1. Haiwan melakukan proses hidup yang hampir sama dengan manusia.
2.Proses hidup yang dilakukan oleh haiwan ialah:-

Berkumuh   Bernyahtinja   Bernafas      Membiak

BERKUMUH DAN BERNYAHTINJA

1. Haiwan melakukan proses berkumuh dan bernyahtinja untuk menyingkirkan bahan buangan dari tubuh.
2. Organ perkumuhan haiwan termasuklah:-

Paru-paru    Ginjal      Insang     Kulit

3. Haiwan seperti lembu,monyet,kucing dan ikan paus berkumuh melalui paru-paru dan ginjal.
4. Berudu dan ikan berkumuh melalui insang.
5. Cacing dan rama-rama berkumuh melalui kulit.
6. Haiwan perlu berkumuh dan bernyahtinja untuk kekal sihat.

BERNAFAS

1. Haiwan mempunyai struktur pernafasan yang berbeza.
2. Struktur pernafasan haiwan mempunyai pelbagai jenis:-

Paru-paru = Burung/kucing/lembu/buaya/katak/ikan paus/kelawar
Stuktur trakea = Ulat beluncas/belalang/rama-rama
Kulit lembab = Cacing/katak
Insang = Ikan/berudu/udang

3. Sturktur Trakea serangga terletak di bahagian abdomennya.
4. Insang pada ikan pula pada bahagian belakang mulutnya.






MEMBIAK

1. Haiwan membiak untuk mengekalkan spesisnya.
2. Haiwan ada dua cara untuk membiak:-
a)melahirkan anak
b)bertelur

3. Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah kucing/tikus/ikan paus/monyet.
4. Haiwan seperti lembu atau kuda melahirkan anak sebanyak seekor atau dua ekor sahaja.
5. Haiwan seperti tikus atau kucing melahirkan anak yang banyak.
6. Contoh haiwan yang bertelur ialah ayam/itik/buaya/ular/kura-kura.
7. Sesetengah haiwan bertelur sedikit dan sesetengahnya bertelur banyak.



No comments:

Post a Comment